Pendahuluan
Ilmu pengetahuan
merupakan satu elemen penting dalam menjadikan seseorang manusia dalam
memakmurkan bumi Allah bertepatan sebagai tugas seorang khalifah. Ilmu ini
dapat disalurkan melalui satu sistem pendidikan yang mantap. Agama Islam amat mementingkan
elemen pendidikan serta ilmu pengetahuan bersesuaian dengan firman Allah dalam
Surah
Al-Alaq, ayat 1-5 yang bermaksud:
“Bacalah
dengan nama tuhan kamu yang menjadikan . Dia yang menjadikan manusia dari
segumpal darah, bacalah dengan nama Tuhan kamu yang maha mulia yang maha
mengajar manusia menulis dengan pena. Tuhan mengajar manusia perkara-perkara
yang tidak diketahui”
Sokongan kedua
adalah dari Surah Al-Baqarah, ayat 31 -33 yang bermaksud:
"Dan Dia
telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian
ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama
benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar. (31) Malaikat itu
menjawab: Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain
dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha
Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (32) Allah berfirman: Wahai Adam! Terangkanlah
nama benda-benda ini semua kepada mereka. Maka setelah Nabi Adam menerangkan
nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: Bukankah Aku telah katakan
kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan Aku
mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan." (33)
Di dalam tugasan ini, penulis akan menghuraikan tentang:
- Kepentingan
aspek pendidikan dalam Islam dengan disandarkan kepada dalil naqli.
- Menjelaskan
tentang kaedah pendidikan yang diaplikasi oleh Rasulullah S.A.W sewaktu di
Makkah dan Madinah.
- Kesan pendidkan
yang dilaksanakan oleh Baginda Rasulullah S.A.W dalam membangunkan
masyarakat Islam.
Justeru, akhir
kalam pendahuluan daripada saya bahawa umat Islam perlu menyedari bahawa
pentingnya ilmu pendidikan bagi mencapai keredhaan Allah S.W.T untuk matlamat
akhir di akhirat kelak. Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment