(B) KAEDAH PENDIDIKAN YANG DIAPLIKASI OLEH
RASULULLAH S.A.W BERSERTA DALIL NAQLI.
Pada bahagian
kedua ini, penulis akan menghuraikan kaedah yang digunakan oleh Baginda
Rasulullah S.A.W dalam menyalurkan pendidikan Islam semasa di Makkah dan
Madinah. Kita mulakan terlebih dahulu dengan kaedah yang diaplikasi semasa
Baginda S.A.W berada di Makkah iaitu
selama 13 tahun berdakwah. Terdapat dua kaedah yang digunakan iaitu secara
rahsia (sir) dan terang-terangan (jahr).
- Dakwah secara rahsia (sir).
Umum mengetahui
bahawa Rasulullah S.A.W memulakan dakwah dengan secara rahsia. Ia dimulakan
dengan isteri Baginda S.A.W, Saiditina Khadijah. Cara ini digunakan bagi
memastikan orang kafir Quraisy pada waktu itu tidak akan menyedari kerana
dikhuatiri akan mendapat tentangan yang kuat akibat dari sikap mereka yang
fanatik dalam mengamalkan agama nenek-moyang mereka iaitu penyembahan berhala.
Pada masa itu,
hikmah dan fokus ajaran Rasulullah S.A.W adalah berbentuk akidah yang bertujuan
untuk memantapkan pegangan akidah para muslimin. Proses ini menagmbil masa
selama tiga tahun sehinggalah turunnya perintah Allah S.W.T melalui surah
Al-Hijr, ayat 94 yang bermaksud:
“Oleh itu, sampaikanlah secara
berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu (wahai Muhammad), dan janganlah
engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu.”
- Dakwah secara terang-terangan (jahr).
Setelah turunnya
perintah dari ayat 94 Surah Al-Hijr yang dinyatakan di atas, Baginda Rasulullah
S.A.W. telah mengumpulkan Bani Fihr dan Bani ‘Adi di atas Bukit Safa. Seraya
Rasulullah S.A.W berkata, “Apakah kamu
sekelian akan percaya atau tidak sekiranya aku ceritakan bahawa di sebalik
bukit ini ada sekumpulan musuh yang akan menyerang kamu?” Mereka menjawab; “Sudah pasti kami akan percaya kerana kami
belum pernah lagi mendengar perkataan dusta daripada kamu.”
Seterusnya
Rasulullah S.A.W menaymbung ucapannya, “Sesungguhnya
aku ini pembawa berita yang menakutkan, iaitu dihadapanku ini suatu azab
sengsara yang paling hebat.” Abu Lahab pun bangun lalu menjawab; “Binasalah engkau wahai Muhammad, apakah untuk
ini sahaja engkau kumpulkan kami?”
Maka, turunlah
ayat Al-Quran dari Surah al-Lahab, ayat 1 yang bermaksud:
“Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan Sesungguhnya
dia akan binasa. Yang dimaksud dengan kedua tangan Abu Lahab ialah Abu Lahab
sendiri.”
Dari peristiwa
itu, bermulah penentangan dari orang Quraisy terhadap ajaran Islam yang dibawa
oleh rasulullah S.AW.
Penulis akan menerangkan pula kaedah pendidikan yang
digunakan sewaktu Baginda Rasulullah S.A.W berada di Madinah iaitu selama 10
tahun berdakwah. Penghijrahan kaum
Muhajirin ke Kota Madinah adalah setelah datangnya wahyu dari surah Al-Anfal,
ayat 30 bahawasanya Allah berfirman dengan maksudnya:
“Dan (ingatlah), ketika
orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan daya upaya terhadapmu untuk menangkap
dan memenjarakanmu atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka memikirkan tipu
daya itu. Dan Allah sebaik-baik Pembalas tipu daya.”.
Sejurus itu,
satu perancangan yang teliti telah dibuat bagi menjayakan pelan penghijrahan
yang membawa makna yang besar dalam sejarah Islam. Era dakwah Baginda
Rasulullah S.A.W diterukan di Madinah dengan merancang beberapa pelan iaitu:
- Pembinaan
masjid
- Persaudaraan
antara Kaum Muhajirin dan Ansar
- Perjanjian
dengan orang bukan Islam
- Usaha
dakwah ke luar Madinah melalui utusan dan surat
Melalui pelan
strategik ini, Baginda Rasulullah S.A.W telah menggunakan pula beberapa kaedah
dalam meneruskan agenda dalam memantapkan lagi ilmu pengetahuan masyarakat
Islam. Antara kaedah yang digunakan adalah:
- Penekanan dakwah dalam soal
hukum-hakam
Masyarakat Islam
di Madinah telah diberikan penekanan terhadap hukum-hakam dalam agama Islam.
Hukum-hakam yang diturunkan adalah secara beperingkat dengan bermulanya
perintah untuk mendirikan solat, hukum peperangan, perkahwinan, puasa di bulan
Ramadhan, ibadat korban, zakat, pewarisan harta, talak, hukum zina, pengharaman
arak judi dan tenung nasib dan lain-lain lagi. Kaedah penyampaian adalah
melalui isi kandungan dakwah yang disampaikan melalui syarahan umum serta
khutbah Jumaat. Ini adalah bertujuan untuk membina sebuah masyarakat Islam yang
mulia.
- Kepelbagaian saluran dakwah dalam
pendidikan
Medium dakwah yang
pelbagai dalah salah satu kaedah yang digunakan oleh Rasulullah S.A.W dalam
menyampaikan pendidikan Islam. Tidak terhad kepada dakwah secara syarahan umum
dan melalui khutbah Jumaat sahaja, media tulisan juga digunakan bagi
menyampaikan ilmu. Cara ini digunakan sebagai salah satu langkah dakwah dengan
menghantar utusan serta mesej bagi menerangkan keindahan dan kebenaran agama
Islam.
- Kepelbagaian dalam persembahan dakwah
Nabi Muhammad S.A.W. juga menggunakan pelbagai kaedah
dalam gaya penyampaian dakwahnya. Ia bersesuaian dengan ciri-ciri golongan
sasaran dengan menyesuaikan cara penyampaian cerita samada dengan membuat satu
perbandingan, galakkan, amaran serta contoh yang baik. Sebagai contoh dalam
Surah al-Ra’d, ayat 35 Allah berfirman dengan maksudnya;
“Sifat syurga yang dijanjikan kepada orang-orang
yang takwa itu ialah (sepeti taman), air sungai-sungainya sentiasa mengalir di
sekitar tamannya, makanannya kekal tidak putus-putus dan naungannya sentiasa
teduh. Itulah kesudahan usaha orang-orang bertakwa, sedang kesudahan
orang-orang kafir pula ialah neraka”.
Melalui ayat
ini, ia merupakan satu perbandingan antara balasan orang-orang yang bertakwa
dan juga orang-orang yang kafir serta menolak kebenaran Islam. Ia juga
menggambarkan betapa nikmatnya balasan syurga yang menanti para muslimin dan
muslimat yang bertakwa yang menjadi galakkan kepada mereka agar terus berusaha
mendapat keredhaan dari Allah S.W.T.